Kejohanan Flag Football Asia-Oceania 2023 menyaksikan Jepun menepati ramalan muncul juara kategori wanita selepas menundukkan Australia dengan keputusan 42-14.
Selepas garang membenam New Zealand sebelum ke final, skuad dari negara matahari terbit yang berjersi merah itu mengasak pertahanan lawan mendapatkan mata.
Dan Australia yang menyingkirkan Malaysia di separuh akhir memulakan aksi agak perlahan dengan ketinggalan di babak pertama 6-14.
Jepun terus mempamerkan penguasaan di babak kedua dan meraih mata demi mata sehingga ke penghujung untuk menoktahkan dengan kemenangan 42-14.
Sementara dalam kategori lelaki Thailand mengejutkan New Zealand untuk muncul juara dalam aksi dramatik.
Saiz fizikal menyaksikan New Zealand memiliki kelebihan, namun gerakan lincah dan pantas Thailand memihak dalam perlawanan ini bagi mendapatkan mata-mata berharga.
Thailand memastikan kejuaraan dengan memenangi 31-25 untuk dinobat sebagai juara.