E-SUKAN
Kejohanan E1: Penganjur jamin edisi keempat tawar keistimewaan tersendiri
Bekas pelumba Formula 1 (F1) negara, Alex Yoong, yang juga merupakan pengarah perlumbaan Kejohanan E1, memberikan jaminan bahawa edisi keempat siri perlumbaan virtual itu akan menawarkan keistimewaan tersendiri.
Ia kerana edisi kali ini, yang akan membuka tirai esok, turut akan disertai pasukan gergasi Eropah, Williams E-Sports.
Harapan negara akan digalas oleh pasangan adik-beradik, Naquib dan Nabil Azlan, yang akan turut merebut gelaran juara keseluruhan bagi musim 2022.
Iklan
"Amat hebat apabila kita sedang melalui musim keempat Kejohanan E1. Ia berkembang dengan amat pesat," kata Alex kepada Astro Arena.
"Jika tiga musim lalu ia hanya kejohanan di Asia Pasifik, kini ia merupakan satu kejohanan global.
"Kami mengambil penyertaan pasukan dari Eropah dengan Williams E-Sports turut akan menyertainya, di mana mereka merupakan bahagian e-sukan bagi pasukan F1 Williams.
"Selain itu, kami juga memiliki penyertaan daripada pasukan-pasukan terbaik di rantau ini," katanya lagi.
E-One Championship musim ke-empat ini akan beri kelainan dan keistimewaan yang tersendiri pic.twitter.com/jJy7kq4u1i— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 6, 2022
Must-Watch Video