SUKAN LAIN
Kejohanan Dunia Silat: Siti Rahmah buru gelaran dunia kali kelima
Berbicara mengenai cerita kejayaan skuad silat negara, tidak sah jika tidak sentuh srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, yang kekal tenang menggatur gerakan asakan menyerang sehingga mudah menoktahkan cabaran Nur Shaqira Sheik Alau'ddin 38-16.
Kebijaksaan Siti Rahmah mengatur strategi pertempuran jadi kunci melayakkan diri ke pentas akhir Kejohanan Dunia Silat pada ketika juara dunia 4 kali itu dambakan mahkota yang terbaik di dunia buat kali kelima sepanjang 15 tahun di arena kompetitif.
"Pelan bertemu lawan dari Singapura tadi adalah mengelak daripada sebarang kecederaan dan ia berhasil," kata Siti Rahmah.
Iklan
"Dengan mata yang cukup, saya memilih untuk melakukan cara yang selamat bagi memastikan dapat melakukan yang terbaik di final nanti."
Sementara itu, pesilat tanding kelas I negara, Muhammad Robial Sobri, enggan mahu meraikan kejayaan mara ke pentas akhir terlalu awal kerana berasakan misi utamanya pada kempen kali ini untuk kecapi aspirasi selaku yang terbaik selepas tiga penampilan di pentas elit terdahulu menyaksikan beliau kecundang awal ekoran rentetan kecederaan berulang.
Kini Robial sedar, hanya satu pertarungan yang bakal membawanya di kemuncak dunia namun kekal waspada ancaman lawannya di pentas final selain kecederaan slip disc yang dialaminya.
Robial berpeluang meraih kejuaraan dunia pertamanya selepas tepati ramalan menundukkan Earl Hurlburt, 47-14.
"Saya bersyukur kerana dapat kemenangan ini dan di final kami akan bertemu lawan dari Singapura, saya akan terus cuba melakukan yang terbaik," kata Robial.
Sementara itu, Siti Shazwana Ajak membuktikan bakat luar biasa di bumi Borneo bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila turut melangkah ke pentas final saingan tanding kelas D, 60-65 kilogram.
Menjadikan rakan seperjuangan dari Sabah antaranya Merrywati Manuiuil sebagai inspirasi, pesilat berusia 29 tahun kelahiran Lahad Datu, Sabah itu mahu usaha kerasnya berada dalam skuad negara selama lima tahun dibalas dengan kejuaraan dunia di bumi tercinta.
Must-Watch Video