Pesilat tinggi lampai bertubuh sasa negara, Muhammad Robial Sobri, serius dalam buruan gelaran juara dunia pertama peribadinya selepas tidak berdepan masalah menundukkan Hendra Wahyu Hidayat di suku akhir Kejohanan Silat Dunia 2022.
Menjadikan kedukaan pada penampilan kejohanan dunia yang lalu sebagai penguat semangat untuk bangkit bukti wibawa di laman sendiri, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu menempah slot ke separuh akhir pada ketika dirinya dilanda kecederaan slip disc.
Tiada siapa mengerti pengorbanan Robial -- dinasihatkan untuk melakukan pembedahan sakit belakang yang kronik sebelum kejohanan dunia berlangsung, dia melupakannya buat seketika demi penampilan keempatnya di Kejohanan Dunia.
Aspirasi untuk memburu gelaran terbaik dunia jadi pendorong semangat, biarpun setiap penampilannya di kejohanan tertinggi pentas silat itu seringkali dilanda kecederaan.
Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka jadi saksi bagaimana Robial melupakan kesakitannya dengan variasi serangan ke atas lawan dari Indonesia sebelum meraih kemenangan sebulat suara, 40 berbalas 17.
"Saya berharap melakukan yang terbaik bagi saingan kali ini. Saya yakin dengan latihan yang dilakukan ditambah beraksi di laman sendiri, gelaran juara dunia itu mampu dicapai," kata Robial.