Luqman Laji membuka tirai Kejohanan Silat Dunia yang ke-19 dengan melayakkan diri ke peringkat suku akhir silat seni kategori tunggal lelaki.
Luqman, yang memenangi gangsa Sukan SEA Hanoi Mei lalu menewaskan pesilat Brunei, Ali Saifullah Suhaimi, hasil mengumpul 9.940 mata.
"Tekanan dan gementar itu tetap ada. Saya amat gembira dengan kemenangan ini. Saya berharap dapat melakukan yang lebih baik dalam aksi akan datang," kata Luqman.
Sementara itu, majlis perasmian semalam berlangsung meriah dengan pelbagai persembahan silat dan tarian dipersembahkan kepada orang ramai.
Kejohanan dirasmikan tuan yang terutama, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam, sambil ditemani Presiden Pencak Silat Antarabangsa, Bapak Prabowo Subianto.
Ammar Hakim
Wed Jul 27 2022