SUKAN LAIN

Kejohanan Dunia Silat: Fauzi buru emas

Ammar Hakim 26/07/2022 | 11:46 MYT

Pesilat veteran, Mohd Fauzi Khalid, tekad membalas dendam kekalahan kepada pesilat Vietnam, Nguyen Tan Sang di Sukan SEA Hanoi Mei lalu di peringkat separuh akhir.

Fauzi yang mencecah usia 35 tahun bakal bertanding dalam Kejohanan Silat Dunia buat kali keempat dan terakhir dalam kariernya sekaligus mengharapkan pengakhiran penanti pingat emas.
Kali terakhir Fauzi bersaing dalam Kejohanan Dunia adalah pada 2012 di Chiang Rai, Thailand.
Fauzi, yang akan bertanding dalam Kelas G setelah bertukar kategori pada tahun lalu menyatakan kekalahan di separuh akhir Sukan SEA Mei lalu boleh dielakkan.
"Saya telah melakukan beberapa kesilapan ketika di Hanoi jadi jika kembali bertemunya dalam Kejohanan Dunia, saya akan cuba melakukan yang terbaik," kata Fauzi.
"Saya yakin untuk kembali ke gelanggang bertemunya Tan Sang."
Sementara itu, Tan Sang yang menang ke atas Fauzi sekaligus muncul juara bagi kelas G putra di Hanoi ingin mengekalkan momentum dan terus mengumpul emas pada kemunculan sulung kejohanan dunia.
Kejohanan Silat Dunia akan bermula esok julai sehingga 31 Julai di MITC Melaka.