Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia Silat: Al-Jufferi lepasi halangan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aljufferi.jpg
Jaguh silat negara, Al-Jufferi Jamari, bijak menggatur langkah aksi pembukaan gelanggang Kejohanan Silat Dunia 2022 menerusi dominasi total untuk menewaskan pesilat dari India, Suraj Kumar.

Biarpun masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan bahu yang dialaminya dalam temasya Sukan SEA Vietnam yang lalu, Jufferi menggunakan pengalaman selama 15 tahun di arena kompetitif selepas lawannya itu seringgkali menggasak kecederaan di bahagian bahu kanannya itu.

Pertarungan pembuka gelanggang kategori kelas F menyaksikan perang psikologi dari kedua-dua pesilat yang lebih gemar membuka 'bunga' berbanding gerakan menyerang.

Namun situasi itu bersifat sementara selepas Jufferi selaku pilihan utama terpanggil untuk memulakan serangan.

Pada ketika pesilat India lebih cenderung melakukan gerakan sepakan, Jufferi membuka gerakan teknik jatuhan 'valid drop' dan gerakan itu jadi lubuk kutipan mata buat Jufferi.

Selepas tiga pusingan, pertarungan yang disulami percaturan taktikal, akhirnya Jufferi dinobat selaku pemenang.

"Selepas berjaya membaca gerakan yang kerap dilakukan lawan, saya lebih selesa dalam memastikan kemenangan pertama ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video