Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia: Shah Firdaus akur tidak dapat beraksi di Chile

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shah.jpg
Pelumba berbaski trek elit negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akur tidak dapat beraksi di Kejohanan Dunia selepas doktor mengesahkan kecederaan lutut kiri yang dialami masih belum pulih.

Jurulatih negara, John Beasley, menegaskan Shah Firdaus memerlukan tempoh rehat dan pemulihan sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum kembali ke trek.

Shah Firdaus menunjukkan prestasi membanggakan di pentas dunia sebelum dilanda kecederaan, apabila menamatkan acara keirin di Kejohanan Dunia UCI Denmark di tempat kesembilan, serta beraksi cemerlang di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menduduki tempat keenam final keirin.

Kehilangannya sekaligus meletakkan harapan besar kepada pelumba lain termasuk adiknya, Ridwan Sahrom, untuk menggalas cabaran negara di pentas dunia.

"Sejujurnya agak ralat dengan keputusan ini, namun saya tetap menghormatinya. Saya telah meletakkan harapan beraksi di sana, agak sedih kerana telah meletakkan sasaran beraksi di sana. 

"Tahun ini adalah tahun terbaik untuk saya mengambil satu langkah ke belakang bagi membuat persiapan bagi menghadapi tahun 2026.

"Ia adalah pahit yang harus ditelan, namun saya kekal positif," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video