PARALIMPIK
Kejohanan Dunia Para IBF: Sensasi Abg Yahya terus kibar Jalur Gemilang di Hong Kong
Bintang sensasi boling para negara, Abg Yahya Abg Azhar, terus konsisten mencipta nama di peringkat dunia selepas membutirkan satu lagi kilauan emas dalam Kejohanan Dunia Para IBF di Hong Kong.
Atlet berusia 26 tahun itu tidak berdepan masalah untuk membuat balingan sempurna, sekali gus merekodkan 3,746 jatuhan pin acara all events perseorangan lelaki bagi memastikan satu lagi tambahan pingat emas dalam genggaman.
Ia menyaksikan jurang besar antara jumlah jatuhan direkodkan pemenang pingat gangsa dari Australia, Kallan Strong, yang sekadar mencatat 3,572 jatuhan pin.
Marcos Chang yang mendominasi kategori perseorangan lelaki TPB9 (kecacatan fizikal) dengan catatan 1,393 jatuhan pin untuk mengatasi pesaing dari Korea Selatan, Heo Myeong-jin yang merekodkan 1321 jatuhan, sementara gangsa menjadi milik pesaing dari Taiwan.