BOLING

Kejohanan Dunia Para IBF: Abg Yahya muncul juara dunia

Muzaffar Musa 22/01/2025 | 12:26 MYT
Atlet boling para negara, Abg Yahya Abg Azhar, mencipta sejarah apabila muncul juara Kejohanan Dunia Para IBF di Hong Kong semalam.
Ini selepas dia melakukan 1,435 jatuhan pin untuk mememnangi pingat emas acara singles para lelaki TPB4 (kecacatan intelektual) dan dibezakan 55 jatuhan pin dengan pencabar terdekat dari Korea Selatan, Yun Seung-sang.
Meskipun pada awalnya Abg Yahya hanya menyasarkan kedudukan lima teratas, aksi hampir sempurna yang ditunjukkannya dalam kelima-lima pusingan memastikan atlet kelahiran Sarawak itu bergelar juara.
Dia kemudian bergandingan dengan Mahamad Rizuan, Muhd Zul Adly dan Mohd Hazim untuk memenangi pingat perak acara lelaki berpasukan TB4.
"Perlawanan akhir amat mencabar kerana purata mata mereka amat tinggi dalam 230 dan ke atas," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
"Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak, jurulatih dan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) kerana menghantar pasukan para Malaysia ke Hong Kong.
#Boling #Abg Yahya Abg Azhar #Kejohanan Dunia Para IBF
;