Stadium Astro logo
SUKAN LAIN

Kejohanan Dunia MiniGP: Qabil, Qayyim intai kejuaraan

article-author-avatar
Ammar Hakim 20/10/2024 | 10:31 MYT
Article ribbon Kejohanan Dunia MiniGP: Qabil, Qayyim intai kejuaraan
Selepas memenangi kelima-lima pusingan, Qabil Irfan menjelaskan pengalaman beraksi di Kejohanan Dunia sejak dua tahun lalu ia mendorongkan saya untuk terus mempamerkan tunggangan yang cemerlang.
"Kejohanan Dunia yang disertai sejak dua tahun lalu menjadi semangat untuk saya memastikan kejuaraan FIM MiniGP Malaysia dan sekali lagi ke Valencia," kata Qabil.
"Saya tidak dapat menjangkakan pesaing di sana namun percaya ia akan menjadi kejohanan yang sangat sengit."
Bagi Qayyim Razin Razali, pelumba negara yang bakal mewakili Indonesia apabila menjuara FIM MiniGP Indonesia, percaya dia mampu mencipta kejayaan di Valencia nanti.
"Persaingan sengit di Indonesia membantu saya untuk membuat persiapan menghadapi saingan di Valencia, bukan mudah untuk membawa cabaran ke sana dan saya pasti akan melakukan yang terbaik."
#MiniGP 2024