Pemain boling tenpin wanita negara, Sin Li Jane, bersedia untuk mengulangi kejayaan meraih pingat emas acara berpasukan dalam Kejohanan Boling Wanita Dunia 2017 menjelang saingan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), 22-30 Ogos ini.
Dia merupakan antara lima pemain wanita yang menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas negara dalam kejohanan itu pada 2017.
Bagaimanapun, dia akan menyertai edisi di AS itu dengan mentaliti berbeza sambil menganggap diri dan pasukannya sebagai bukan pilihan.
"Saya fikir saya akan turun ke kejohanan itu sebagai pemain yang tidak pernah memenangi apa-apa sebelum ini.
"Dengan itu, saya akan lebih berkeinginan untuk menjadi lebih baik dan meraih lebih banyak pingat," katanya.
Selain itu, kejohanan di Las Vegas itu juga merupakan platform untuk menilai pemain terbaik yang akan beraksi dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Atlet itu mengakui ia merupakan tugasan sukar apabila hanya empat slot ditawarkan.
"Saya fikir ia akan menjadi amat kompetitif kerana kami hanya akan diwakili empat pemain.
"Dalam beberapa edisi yang lalu, kami diwakili enam pemain.
"Jadi, ia akan menjadi amat kompetitif buat semua pemain," tambahnya.