ANGKAT BERAT
Kejohanan Dunia IWF: Aznil Bidin pecah rekod kebangsaan kategori 67kg
Percaturan menukar semula kategori atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin, yang kembali beraksi dalam kategori 67 kilogram (kg) ternyata membuahkam hasil dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia di Manama, Bahrain.
Aznil Bidin berjaya memecahkan rekod kebangsaan milik dirinya sendiri selepas melakukan angkatan seberat 308kg.
Perbezaan sebanyak 8kg itu menyaksikan Aznil mencipta rekod baru bagi kategori tersebut yang sebelum ini dicipta seberat 300kg.
Iklan
Badang negara itu sebelum ini bersaing dalam kategori sama dengan Olimpian negara, Mohamad Aniq Kasdan, iaitu 61kg.
Must-Watch Video