Pasukan e-sport negara muncul juara Kejohanan Dunia IESF 2024 Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) selepas menewaskan Filipina 2-0 di Riyadh, Arab Saudi, sebentar tadi.
Sebelum ini, Malaysia menumpaskan Indonesia dalam saingan separuh akhir untuk mara ke pentas final dan ini merupakan kali pertama Malaysia bergelar juara dalam sejarah arena kompetitif IESF,
Untuk rekod, kejayaan ini merupakan keyaan kedua negara di bumi Riyadh selepas kali terakhir adalah ketika Selangor Red Giants (SRG) muncul juara kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024, Julai lalu.
Kemenangan itu memastikan skuad negara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $70,000 (RM 313,530).
Pasukan kendalian Michael Bocado (Arcadia) dan Poon Sing (Veki) itu dibarisi pemain Selangor Red Giants dan JP Niners iaitu Muhammad Qayyum Ariffin (Yums), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekysss), Hazziq Rizwan (Stormie), Ilman Zulkifli (Gojes), Ealtond Rayner (Loleal), Muhammad Noor (Zakqt).
Saufi Tahir
Fri Nov 15 2024