Skuad e-sukan MLBB negara mara ke playoff Kejohanan Dunia IESF apabila sekali lagi menewaskan Amerika Syarikat (AS) 2-0 di Riyadh, Arab Saudi awal pagi tadi.

Malaysia sebelum itu membuka kempen dengan kemenangan 2-0 ke atas AS sebelum tewas tipis 1-2 di tangan Filipina semalam.

Dengan kemenangan terbaru itu, skuad negara menamatkan saingan Kumpulan B di tangga kedua dan akan bertemu Turkiye dalam separuh akhir playoff petang ini.