Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia FINA: Jinq En perlu bukti kemampuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

phee-jinq-en.jpg
Perenang negara, Phee Jinq En, berdepan tugas penting untuk membuktikan program latihannya di Amerika Syarikat (AS) berkesan bagi memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila berlepas ke Gwangju, Korea Selatan esok.

Perenang negara itu melanjutkan pengajian di Indiana sejak 2017.

Dalam tempoh itu, dia banyak berlatih bersama skuad universitinya dengan mengikuti program yang diberikan oleh pengendali kebangsaan.

Dia akan menyertai acara 50 dan 100 meter kuak dada wanita dalam Kejohanan Dunia FINA di Gwangju dengan tumpuan diletakkan terhadap acara 100 meter kerana ia dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Tokyo. 

Sebagai rekod, catatan peribadi terbaiknya ialah 1 minit 8.65 saat yang dilakukannya pada 2016 -- kurang 1.58 saat berbanding had kelayakan ke temasya berkenaan.

"Saya kini mempunyai lebih banyak pengalaman memandangkan saya berlatih dan bertanding di AS.

"Tempat belajar saya terletak di Indiana dan jika anda tidak tahu, di situlah tempat asal Lilly King dan saya telah banyak kali bersaing dengannya sebelum ini.

"Ia membuka mata saya tentang banyak perkara dan saya fikir ia memberikan saya lebih banyak pengalaman.

"Jadi, saya akan turun ke Kejohanan Dunia sebagai perenang yang berbeza," katanya.

Setakat ini, belum ada perenang negara melepasi had kelayakan Kategori A untuk ke Tokyo.

Rakan senegaranya, Welson Sim, yang menamatkan program latihan di Australia, menggalas harapan terbaik apabila beraksi dalam acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas di Gwangju.

"Saya sentiasa berharap dapat membantu mereka ke Kategori A, jadi itulah yang kami lakukan untuk bersaing dan mula mencatat masa bagi tahap Kategori A," kata jurulatih skuad renang negara, Chris Martin.

Advertisement

Must Watch Video