Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia FINA: Dhabitah mara ke final 3m papan anjal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-dhabitah-sabr-210717.jpg
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, mara ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal apabila menamatkan saingan separuh akhir Kejohanan Akuatik Dunia FINA dalam kelompok 12 terbaik manakala seorang lagi penerjun, Ng Yan Yee, kempunan ke final selepas berada di tangga ke-13. 

Selepas kejayaan manis dilakar Cheong Jun Hoong, semalam, dua penerjun negara turun dengan misi sama, iaitu sekali lagi meletakkan Malaysia di persada dunia. 

Selepas mudah melepasi saingan kelayakan 3m papan anjal, cabaran lebih sukar dilalui Dhabitah dan Yan Yee dalam separuh akhir. 

Terjunan pertama dan kedua menyaksikan dua penerjun negara itu berada dalam kelompok 10 terbaik, dengan Dhabitah mengumpul 131.20 mata manakala Yan Yee pula 121.80 mata. 

Namun, dalam tiga terjunan terakhir, Dhabitah terus mempamerkan terjunan konsisten dan mengumpul 321.70 mata untuk berada di tangga keenam.

Yan Yee pula gagal melakukan terjunan yang baik, sekaligus menamatkan saingan di tangga ke-13 dengan 285.30 mata. 
 

Advertisement

Must Watch Video