Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dunia bukan alasan Sara Yap tangguh pengajian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sara-yap.jpg
Atlet taekwondo poomsae negara, Sara Yap Khim Wen, enggan menangguhkan lagi pengajiannya meskipun berdepan jadual padat menjelang Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia di Taiwan, November ini.

Sara Yap menangguh pengajian sejak awal Mei lalu semata-mata untuk menghadapi Sukan Asia Jakarta -Palembang 2018.

Pengorbanan atlet berusia 24 tahun itu berbaloi apabila meraih pingat gangsa yang juga pingat pertama kontinjen negara selain menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia.

Namun, penuntut jurusan psikologi di Help University itu tidak mahu lagi menangguhkan pengajiannya walaupun berdepan satu lagi tugasan penting hujung tahun ini.

"Pengajian saya hanya tinggal dua semester lagi dan akan tamat pada Mei tahun depan.

"Oleh itu, soal pengajian tiada masalah dan saya mampu menguruskannya. 

"Keadaan kini berbeza kerana poomsae lebih dikenali dan saya gembira apabila ada yang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut," katanya. 

Sara Yap kembali menjalani latihan awal minggu ini selepas berehat seketika sejurus selesai tugasan Sukan Asia.

Hanya melakukan persiapan di tanah air, dia tetap optimis untuk melakukan yang terbaik dalam misi memenangi gelaran dalam kejohanan berprestij itu nanti.

"Sebaik tiba di tanah air, saya sudah mula menjalani latihan ringan.

"Selepas ini, barulah saya akan memasuki latihan intensif bagi menghadapi Kejohanan Dunia," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video