SUKAN LAIN

Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai B-19: Barisan pemain wanita negara bakal mengorak langkah ke Shangluo.

08/05/2024 | 16:16 MYT
Skuad bola tampar pantai wanita negara menempah kelayakan beraksi dalam Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai B-19 di Shangluo, China pada Ogos ini.
Tahniah diucapkan buat pasukan bola tampar pantai perempuan kebangsaan bawah 19 tahun yan terdiri daripada Auni, Qariesya, Cadence Goh, Lim Jing Qian, Rachael Goh dan Mashitah kerana berjaya menempah tiket ke Kejohanan Dunia Bola Tampar Pantai 2024 di Shangluo, China.
Ketua jurulatih bola tampar pantai wanita B-19, Mohamad Hafiz Mohd Jamil, menzahirkan rasa syukur apabila sekali lagi berjaya mengorak langkah ke Kejohanan Dunia selepas dua tahun berturut layak ke kejohanan berprestij dunia itu.
"Syukur Alhamdullilah, kita dapat mengulang kembali kejayaan sebelum ini selama dua tahun berturut- turut," katanya.
Mohamad Hafiz juga menyatakan kebimbangannya apabila terdapat beberapa cabaran buat pasukan bawah naungannya itu antaranya ialah suhu yang sangat panas mencecah 46 darjah celcius serta saiz badan skuad negara yang lebih kecil berbanding lawan mereka di kejohanan tersebut.
"Apabila bermain di zon Asia, saiz badan pemain kita lebih rendah berbanding mereka," katanya semasa di temu bual wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.
Tetapi beliau pantas menepis bahawa cabaran itu bukan satu halangan apabila mengatakan beliau perlu yakin dengan pemain yang ditetapkan serta dorongan daripada jurulatih- jurulatih juga merupakan faktor penting untuk meraih kemenangan di China.
;