SUKAN LAIN
Kejohanan Dodgeball Kebangsaan: Valkyries capai misi quadruple
Grand final Kejohanan Dodgeball Kebangsaan disajikan dengan cerita sensasi daripada tiga kategori utama yang dipertandingkan iaitu saingan profesional lelaki dan wanita serta amatur lelaki di Shah Alam hari ini.
Sukan dodgeball sudah bertapak di Malaysia sejak sekian lama dan skuad lelaki negara pernah muncul juara dunia pada 2022 apabila menewaskan Australia 10-5 di Kanada.
Atas faktor itu, Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) memperkasa ekosistem serta mempromosikan sukan ini di seluruh negara.
Iklan
Hasilnya, grand final kejohanan edisi kali ini berlangsung sengit dan kompetitif.
Saingan profesional lelaki memiliki sejumlah lima pasukan bertanding termasuk Anak Malaya, Blitz dan Valkyries.
Namun, kejutan terbesar berlaku seawal perlawanan pertama apabila pasukan bintang yang dibarisi pemain negara, Valkyries tewas kepada Anak Malaya.
Situasi itu membuatkan Valkyries terpaksa memenangi baki empat aksi dengan jurang jaringan yang besar.
Dan, juara zon tengah yang berpengkalan di Selangor itu melakar kejutan demi kejutan apabila meraih kejayaan dalam baki tiga permainan -- paling epik dengan kelebihan agregat, sekali gus muncul juara grand final!
Lebih manis, Valkyries melengkapkan kejayaan quadruple, empat mahkota kejuaraan selepas muncul juara grand final edisi 2019, 2023, 2024 dan 2025.
Kisah kebangkitan luar biasa Valkyries mirip jalan cerita skuad lelaki negara yang mengungguli dengan kebangkitan epik — suratan takdir atau kebetulan, individu penting menggondol kejuaraan itu, Aaron Hii, merupakan pemain paling bernilai pada tahun 2019, diangkat sebagai ayam tambatan Valkyries.
"Malaysia ialah salah satu negara terbaik sukan dodgeball di dunia. Saya rasa tidak semua orang tahu akan hal itu.
"Kami berjaya memenangi pingat emas kejuaraan dunia pada 2022.
"Sukan ini lebih memerlukan ketangkasan fizikal, tetapi ia memenatkan untuk bermain di peringkat tertinggi.
"Bertahan atau menyerang, kedua-duanya diperlukan dengan baik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Must-Watch Video