Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dodgeball Kebangsaan: Gelaran MVP jadi tonik tambahan buat Aaron Hii

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aar.jpg
Menjelang pertempuran grand final Kejohanan Dodgeball Kebangsaan, tonggak utama Valkyries, Aaron Hii, yakin mampu turun dengan prestasi terbaiknya selepas menerima suntikan tonik tambahan meraih gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Liga Utama Dodgeball Malaysia, Double Hits League. 

Tonggak pasukan kebangsaan itu kini menggalas watak utama dalam skuadnya untuk memastikan kejayaan meraih kejayaan di  edisi lepas dapat direalisasikan, meskipun aksi kebangsaan ini dianggap sebagai pemanas badan sebelum tugas antarabangsa.

"Sebab utama kami beraksi dengan baik adalah kerana kami beraksi sebagai sebuah pasukan, sentiasa membantu satu sama lain selain menganalisi pasukan lawan dan tidak mudah menyerah.

"Walaupun kami bermula dengan tidak baik dalam saingan liga tetapi tidak putus asa," katanya.

Begitupun, Aaron tidak menolak kemampuan daripada beberapa pasukan yang dikira sebagai 'underdog' tetapi dijamin turun dengan barisan yang mampu memecah dominasi seperti Blitz DC dan Anak Malaya.

"Kami yakin sebagai satu pasukan, kami tahu cara mereka beraksi dan begitu juga sebaliknya. Macam-macam boleh berlaku dan lihat nanti kesudahannya." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video