Cuaca sejuk menjadi antara cabaran pemain boling padang kebangsaan, Izzat Shameer Dzulkeple yang bakal menjalani misi peribadi di Kejohanan Dalam Dewan World Bowls di Guernsey, bermula 21 hingga 27 April ini.


Izzat tampil dengan keazaman menamatkan badi kegagalan dalam kategori perseorangan dalam dua edisi kejohanan sebelum ini pada 2013 dan 2023.

Biarpun cabaran hebat bakal hadir dari United Kingdom, namun ia bukan penghalang untuk membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar membuat omong kosong.

Beraksi di gelanggang tertutup dengan permukaan yang lebih ringan diakui bakal menyukarkan dirinya untuk membuat balingan 'draw' yang lebih mudah.

Namun Izzat tetap menyasarkan untuk setidak-tidaknya membawa pulang sebarang kilauan pingat.