Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Cahya Mata Sarawak Super Series: Zaidatul Husniah anggap suasana Stadium Merdeka 'lain macam'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaidatul.jpg
Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, beranggapan lokasi Stadium Merdeka merupakan venue impian setiap atlet olahraga untuk beraksi menjelang Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak Super Series 2025 bermula Mei ini.

Ia berikutan nilai sentimental dan pelbagai peristiwa yang membawa kepada kejayaan atlet yang bertanding di gelanggang keramat itu.

Atlet berusia 32 tahun itu tidak dapat menyembunyikan keterujaannya dengan ia dia tidak mahu meletakkan sebarang tekanan untuk memperbaharui rekod sebaliknya akan menikmati setiap detik beraksi di trek penuh sejarah itu.

"Untuk saya mengimbau kembali legenda terdahulu yang pernah lari di Stadium Merdeka. Suasana itu akan lain macam sedikit dan mahu buat yang terbaik kerana tahun ini adalah tahun Sukan SEA.

"Jadi sasaran untuk memperbaiki catatan masa tetapi tidak mahu letakkan tekanan dan hanya mahu menikmati Ketika Super Series sebelum ini." katanya.



 

Untuk rekod, dia yang turut dikenali dengan gelaran 'Adeq' itu berjaya mencatat masa 11.49 saat saat ketika Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata di Stadium Tuanku Syed Putra tahun lalu. 

Catatan masa itu sekali gus memadam rekod 11.50 saat milik bekas pelari pecut negara, G. Shanti yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 1993.

Advertisement

Must Watch Video