Kurang daripada tempoh 48 jam sahaja lagi sebelum bermulanya Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak siri 1 2025 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Juara keseluruhan 100 meter pecut edisi lepas, Jonathan Nyepa, tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi dalam aksi pembukaan musim ini.
Jonathan ingin jadikan siri pertama ini sebagai kayu pengukur untuk melihat dimana tahapnya sebelum fokus kepada saingan akan datang.
Namun terpancar keterujaan Jonathan apabila ini merupakan kali pertama dia dapat beraksi di Stadium Merdeka dan ia adalah satu perkara yang dinantikannya sejak sekian lama.
"Untuk setakat ini saya tidak memikirkan sangat, kejohanan pertama ini untuk saya lihat bagaimana keadaan saya sekarang. Selepas itu baru lihat dan rancang bagaimana kejohanan seterusnya nanti.
"Stadium Merdeka ini pertama kali saya beraksi, tidak tahu bagaimana keadaan trek nanti. Untuk sesi uji trek dan panas badan belum tahu lagi, cuma bersedia dengan apa-apa yang akan berlaku." katanya.