Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Cahya Mata Sarawak Super Series: Hup Wei sedia susun program latihan terbaik buat anak buahnya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lompat-jauh.jpg
Atlet dan jurulatih bagi acara yang tidak dipertandingkan di Kejohanan Olahraga Cahya Mata Sarawak Super Series edisi kedua dalam saingan pertama tidak cepat melatah meskipun tanpa kejohanan kompetitif sejak awal tahun.

Sebaliknya mereka menjadikan ruang masa tempoh lima bulan sebagai fasa persediaan dan pemerkasaan bagi mengharungi baki tempoh enam bulan yang penuh dengan kejohanan.

Antara prospek besar sukan lompat tinggi negara yang juga merupakan anak didik Lee Hup Wei adalah Jyh Yunn Kuan yang dipertaruhkan untuk melepasi had kelayakan temasya Sukan SEA Thailand hujung tahun ini dengan misi untuk memburu kedudukan podium.

"Saya rasa dia ada maklumkan hanya acara tertentu sahaja (dipertandingkan), kami akan fokus pada super series yang seterusnya yang ada acara lompat tinggi.

"Saya kena merancang program latihan saya juga untuk atlet kerana tempoh masa dari Disember hingga sekarang perlu rehat, bukan setiap Waktu perlu berlatih.

Advertisement

Must Watch Video