Perlawanan akhir acara pairs menyaksikan Siti Nurul Shahirah dan Nor Zamziezah dari pasukan Terengganu berjaya melakar kebangkitan selepas ketinggalan 5-9 dalam Kejohanan Boling Padang Kebangsaan 2024.
Aksi tersebut terpaksa ditentukan menerusi 'sudden death' apabila kedudukan terikat 10-10 untuk menewaskan calon olahragawati kebangsaan 2023, Nurul Alyani Jamil bersama pasangannya, Nur Ain Nabilah, yang mewakili Pahang.
"Kami masih berfikiran positif untuk mengambil peluang dapat mata dan menang," kata Siti Nurul Shahirah.
Najmi Iman
Wed Oct 30 2024