Kejohanan Boling Dunia: Natasha tamatkan penantian 12 tahun negara bergelar juara

Muzaffar Musa
Oktober 10, 2023 08:42 MYT
Pemain boling tenpin wanita kebangsaan, Natasha Roslan, menamatkan penantian 12 tahun negara untuk memenangi pingat emas dalam acara individu apabila muncul juara kategori wanita Kejohanan Boling Tenpin Dunia di Kelab Sukan Boling Kuwait, Salmiya malam tadi.
Pemain berusia 27 tahun itu menewaskan rakan senegara, Sin Li Jane, 2-1 dalam aksi final berkenaan.
Natasha memenangi aksi pertama 259-194 tetapi Li Jane kemudian bangkit memenangi perlawanan kedua 238-162.
Bagaimanapun, Natasha jelas lebih layak memenangi pingat emas apabila mengungguli aksi penentuan 185-165.
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore dalam edisi di Hong Kong pada 2011.
#boling tenpin #Kejohanan Boling Dunia #Natasha Roslan
;