Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Boling Asia: Timmy tambah koleksi emas negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tammy-tan.jpg
Malaysia terus menambah koleksi pingat emas dalam Kejohanan Boling Tenpin Asia di Kuwait dengan meraih yang kelima menerusi Timmy Tan dalam acara all-events lelaki hari ini.

Timmy mengekalkan ketekalan untuk meraih emas peribadi ketiganya itu selepas mengumpulkan 5,805 jatuhan pin untuk menewaskan pencabar terdekat dari China, Du Jianchao, dengan perbezaan 60 mata.

Tempat ketiga menjadi milik wakil Korea Selatan, Kang Hee-won, yang mencatatkan 5,724 jatuhan pin.

"Saya amat gembira kerana menjuarai acara itu.

"Selain itu, kami juga telah melakukan yang terbaik dalam acara berkumpulan.

"Malangnya, kami tidak mendapat keputusan yang diharapkan dan pasukan lain melakukan dengan lebih baik," katanya.

Setakat ini, skuad negara telah mengumpulkan lima pingat emas menerusi acara individu dan trio lelaki dan wanita selain pingat emas terbaru yang diraih Timmy.

Advertisement

Must Watch Video