Atlet boling kebangsaan, Timmy Tan, merangkul pingat emas dalam Kejohanan Tenpin Boling Antara Negeri Ke-35 menerusi acara perseorangan lelaki sekali gus menjadi emas ketiganya dalam kejohanan itu di ibu kota, semalam.
Walaupun dia tidak meletakkan sebarang sasaran tetapi tuah menyebelahinya dengan sedikit perubahan membuahkan hasil untuk muncul juara.
Timmy melengkapkan emas ketiga selepas kali terakhir muncul juara pada 2014 dan 2022, dengan dia akan meneruskan cabaran untuk beraksid alam kategori Double.
"Saya tidak menjangkakan apa-apa sebelum ini, kerana dua perlawanan sebelum ini saya hanya mengumpul 210 dan 180. Kemudian saya lakukan sedikit pertukaran dan dapat melakukan dengan lebih baik.
"Saya cuma beri aksi yang terbaik. Pasukan saya juga baru pulang daripada Kejohanan Asia dan membawa pulang lapan pingat emas, saya berbangga dengan mereka.
"Saya berharap dalam beraksi dengan baik dalam acara Double nanti." katanya.
Saufi Tahir
Tue Oct 01 2024