Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2024: Husna Hussin kongsi resepi WPKL benam Putrajaya

Saufi Tahir
Disember 20, 2024 19:33 MYT
Jurulatih bola jaring Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Husna Hussin Ali, menyifatkan kelebihan pasukannya berjaya dimanfaatkan sepenuhnya untuk menundukkan Putrajaya 36-22 dalam Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.
"Yang membuatkan kami lebih baik adalah pasukan kami boleh beraksi dengan lebih daripada dua posisi. Resepi ini sudah ditanamkan kepada mereka sebelum saya mengambil alih lagi.
"Dengan gabungan pemain lama dan baru, saya rasa ini penampilan baru buat WPKL dan membuatkan pemain muda beraksi dengan lebih baik dengan menjadikan pemain lama sebagai contoh," kata jurulatih bola jaring Wilayah Persekutuan (KL).
Sementara itu, Penolong ketua pasukan, Leisharaani Jeewa, menyifatkan komunikasi menjadi senjata ampuh pasukannya berjaya mendapatkan tiga kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Kedah 33-26 ,Pahang 41-37 dan Putrajaya 36-22.
"Apa saya lihat pasukan saya terbaik, tetapi setiap aksi ada perasaan teruja dengan setiap aksi prestasi kami semakin meningkat. Dari perlawanan pertama hingga ketiga , komunikasi kami semakin meningkat daripada perlawanan ke perlawanan." tambahnya.
;