Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyasarkan sekurang-kurangnya dua pingat dalam Kejohanan BMX Asia 2019 di Trek BMX, Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan, 13 dan 14 April ini.
Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abdul Wahab, berkata sandaran pingat akan diletakkan kepada dua pelumba remaja negara, Eddyna Nasuhar Zainal Abidin dan Siti Shahirah Hashim, yang pernah meraih pingat gangsa dalam kejohanan sama di Thailand, tahun lalu.
Beliau berkata seramai 353 peserta, termasuk 145 peserta luar negara dari 10 negara, telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu yang mempertandingkan pelbagai kategori dari usia lima tahun sehingga 40 tahun ke atas.
Antara peserta luar negara adalah dari Jepun, China, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Thailand, katanya dalam sidang media bagi mengumumkan barisan pelumba negara ke kejohanan berkenaan hari ini.
Dalam perkembangan sama, Abu Samah memaklumkan BMX Gaya Bebas tidak akan dipertandingkan dalam kejohanan berkenaan sekiranya disertai kurang empat pasukan.
Beliau mendakwa tiga negara, iaitu Thailand, Indonesia dan Filipina sebelum ini memberi jaminan untuk menghantar wakil dalam acara berkenaan, namun sehingga hari ini, PKBM belum menerima sebarang penyertaan daripada ketiga-tiga negara berkenaan.
"Kalau kami mendapat sekurang-kurangnya gangsa dalam acara ini, ia menjadi peluang terbaik untuk kami memohon kepada Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia untuk dipertimbangkan mengambil bahagian dalam Sukan SEA Filipina 2019,” katanya.
-- BERNAMA