SUKAN LAIN
Kejohanan BMX Asia: Eddyna gembira akhiri penantian peroleh pingat pertama
Penantian Eddyna Nasuhar Zainal Abidin sejak 2016 untuk meraih pingat pertamanya di pentas Asia berakhir dalam penampilan ketiganya di Kejohanan Lumba Basikal BMX Asia.
Biarpun sekadar meraih gangsa dalam kategori wanita bawah 23 tahun, Eddyna berpuas hati dengan persembahannya yang mempunyai peningkatan selepas berjaya memberikan cabaran sengit kepada wakil Asia lain.
Kejayaan itu menawarkan kutipan mata UCI untuk beberapa kejohanan penting seperti Sukan Olimpik.
Iklan
Pingat emas menjadi milik wakil Jepun, manakala tempat kedua diraih oleh wakil Korea Selatan.
"Saya sangat gembira memperoleh pingat pertama di pentas ini. Saya sangat bersyukur atas usaha yang dilakukan dan ia akhirnya membuahkan hasil," katanya.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Amer Akbar Anuar menyumbang pingat gangsa bagi kategori lelaki B23 tahun.
Jepun sekali lagi memastikan pingat emas menjadi milik manakala perak menjadi milik Indonesia.
Amer berharap kejayaan yang diraih dalam penampilan pertamanya ini menjadi permulaan buatnya untuk meneruskan momentum bagi mengumpul mata UCI supaya dapat beraksi di Kejohanan Asia tahun depan.
Must-Watch Video