Kejohanan Berbasikal Trek YSD Track Series 13-14:  Ridwan Sahrom lega tebus kekecewaan

Ammar Hakim
November 4, 2024 19:25 MYT
Kejohanan Berbasikal Trek YSD Track Series 13 dan 14 melabuhkan tirai semalam dan atlet negara, Muhammad Ridwan Sahrom, meluahkan perasaan tidak berpuas hati menyelubungi prestasi keseluruhannya kali ini.
Ridwan terlepas peluang meraih pingat emas dalam acara pecut siri ke-14 selepas terlibat dalam satu pelanggaran.
Bagaimananapun dia masih mampu menjarakkan diri dengan kedudukan markah terkumpula dengan jurang 100 mata di hadapan abangnya, Shah Firdaus.
"Saya agak kecewa kerana tidak dapat melangkah ke final acara pecut sebab pelanggaran yang berlaku. Saya bagaimanapun mengetepikan kekecewaan itu dan bangkit dalam acara keirin.
"Semasa perlumbaan ada kesilapan yang berlaku sehingga menyebabkan kekecewaan namun saya bangkit dalam memastikan kemenangan dalam acara keirin.
"Saya telah banyak berbincang dengan John Beasley berbincang mengenai perlumbaan dan banyak yang diperoleh daripada perbincangan tersebut yang membantu saya."
;