Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Berbasikal Trek Dunia: Nur Izzah wakil tunggal negara ke Chile?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzah.jpg
Ratu berbasikal trek negara, Nur Izzah Izzati, sah menjadi wakil tunggal Malaysia ke Kejohanan Dunia di Santiago, Chile, bermula 22 hingga 26 Oktober ini. 

Izzah izzati menjadi wakil tunggal wanita yang sudah sah ke Kejohanan Dunia, Izzah kini dalam misi baru untuk mencipta catatan peribadi baharu serta memperbaiki kedudukan ketujuh yang dicapai dalam acara keirin di edisi lalu di Denmark. 

Ketika itu, Izzah berada dalam kalangan sepuluh terbaik dunia, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai antara pelumba terkuat Asia. 

Bagaimanapun, Izzah tetap berharap trio negara — Ridwan sahrom, Muhammad Fadhil Zonis dan Akmal Nazimi mampu memecah rekod pada saingan ujian pemilihan Khamis ini, sekaligus turut melayakkan diri ke Kejohanan Dunia untuk sama-sama berjuang demi negara di Santiago, Chile, Oktober nanti.

Ketua jurulatih, John Beasley, mengesahkan Muhammad Shah Firdaus Sahrom direhatkan sehingga Februari 2026 berikutan kecederaan lutut. 

Tambah John, saingan ujian pemilihan dijadualkan Khamis ini bakal menentukan sama ada Ridwan Sahrom, bersama Muhammad Fadhil Zonis dan Akmal Nazimi Jusena, akan mengiringi Izzah ke pentas dunia. 
Supplement

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video