Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Asia Rugby Emirates: Bunga Raya 7s B-20 berlepas ke Bihar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bunga-raya.jpeg
Pasukan Bunga Raya 7s Lelaki B-20 akan membawa cabaran negara dalam Kejohanan Asia Rugby Emirates B20 2025 di Bihar, India pada Sabtu dan Ahad ini.

Skuad negara, yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, Syed Shazril Syed Mahadzir dan diketuai oleh pengurus pasukan, Dr. Muhammad Hazwan Khair, berlepas ke India pagi tadi.

Pasukan Malaysia akan memulakan aksi pertama kejohanan itu dengan menentang Kazakhstan pada jam 12:15 tengah hari Sabtu ini. 

Perlawanan kedua pula akan menemukan Malaysia dengan China pada jam 3:35 petang, manakala aksi terakhir peringkat kumpulan adalah menentang Uzbekistan pada jam 6:55 petang.

Sekiranya Malaysia berjaya menamatkan saingan kumpulan dalam keduduan dua teratas, mereka akan mara ke separuh akhir cup (1/4) tetapi jika berada di tempat ketiga atau keempat kumpulan, Malaysia akan bersaing dalam separuh akhir plate (5/8).

 

Advertisement

Must Watch Video