Kejohanan Asia Ragbi 2024: Skuad Bunga Raya terpaksa akur kekuatan UAE

Saufi Tahir
Jun 21, 2024 01:43 MYT
Malaysia terpaksa akur kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila tewas 62-19 dalam saingan Kejohanan Asia Ragbi 2024 yang berlangsung di Stadium Sevens, Ud al-Bayda, Dubai, awal pagi ini.
Separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia ketinggalan dengan jurang besar 28 mata sekaligus memberikan UAE peluang mendahului 40-12.
Malaysia membuka separuh masa kedua dengan baik selepas kesilapan balingan pemain UAE berjaya dirampas Nazreen Fitri untuk membuat larian sekaligus merapatkan jurang mata.
Namun, tekanan yang diberikan UAE dalam separuh masa kedua menyukarkan sebarang gerakan diatur dan memaksa skuad Bunga Raya untuk bertahan daripada serangan demi serangan.
Perlawanan tamat dengan Malaysia tewas 62-19 sekaligus melonjakkan UAE pada kedudukan ke-2 dengan mengumpul lapan mata secara keseluruhan.
Skuad Bunga Raya menamatkan perlawanan kelima dengan kedudukan tercorot Pool A tanpa mengumpul sebarang mata selepas tewas dalam empat perlawanan terakhir menentang Hong Kong dan Korea Selatan.
#Malaysia #Ragbi #Kejohanan Ragbi Asia 2024