Ketua jurulatih ragbi 15-sepasukan negara, Mohd Farid Syazwan, menggesa anak buahnya agar tidak mengulangi kesilapan sama ketika tewas mudah 55 berbalas 5 menentang Korea Selatan dalam aksi pembukaan Kejohanan Ragbi Asia 2024, Ahad lalu.
Farid percaya meskipun Hong Kong diletakkan selaku pasukan pilihan ianya bukanlah halangan untuk skuad Bunga Raya mencipta kejutan di laman sendiri pada Sabtu nanti.
Dia turut mengesahkan bakal melakukan pertukaran pemain dengan kembali menyenaraikan tonggak berpengalaman seperti Mohamad Amin Jamaluddin untuk aksi kedua menentang Hong Kong, susulan kecederaan lutut kanan yang dialami oleh kapten pasukan Fairuz Abdul Rahman sebelum ini.
"Masalah besar adalah apabila kita bertahan, kita agak lambat dibandingkan dengan kepantasan pasukan Korea. Untuk kali ini jurulatih akan memperbaiki serangan apabila kita sedang bertahan.
"Ada kecederaan serius pada pemain yang paling berpenggalaman iaitu Fairuz Abdul Rahman dan kami akan buat pertukaran dengan Amin Jamaluddin.
"Kita tidak boleh ulang melakukan kesilapan ketika berdepan pasukan yang baik kerana mereka bijak dalam ambil kesempatan bila adanya ruang. Pemain perlu cuba sehabis baik untuk hentikan fizikal pemain Hong Kong." katanya kepada Nadi Arena.

'Kita tak boleh ulang kesilapan bila bertemu pasukan-pasukan yang baik' - Farid Syazwan Abu Bakar, Ketua Jurulatih Ragbi 15s negara
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) June 5, 2024
Laporan penuh di Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/jXwlQnVc3e