Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Angkat Berat Asia: Erry Hidayat sasar pecah rekod kebangsaan miliknya sendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erry.jpg
Atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat, memasang impian untuk mengakhiri kemarau empat tahun bagi memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam kategori 73 kilogram di Kejohanan Angkat Berat Asia 2025 di Jiangshan, China, nanti.

Pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu mengakui dia berada pada tahap terbaik untuk mencapai sasaran angkatan 144 kilogram snatch serta 174 kilogram bagi acara clean and jerk di kejohanan yang dijadualkan akan bermula daripada 9 hingga 15 Mei depan.

Kejatuhan prestasi pasca Sukan Komanwel 2022 ditambah pula dengan beberapa siri kecederaan yang dialaminya menyaksikan anak kepada lagenda angkat berat negara, Hidayat Hamidon, itu bergelut untuk mencapai objektif utama tatkala usianya kini sudah menginjak 25 tahun.

Untuk rekod, Erry mencatatkan rekod kebangsaan di temasya Sukan SEA Hanoi 2021 selepas berjaya melakukan angkatan dengan bebanan keseluruhan 316 kilogram sekali gus menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara.






"Setakat ini saya dan pasukan berjalan lancar, kami ikut program yang jurulatih cadangkan. Sekarang masing-masing telah dapat angkatan yang jurulatih sasarkan dan tinggal lakukan di kejohanan.

"Sasaran saya sama seperti tahun lalu untuk pecah rekod kebangsaan, masih belum dapat dan saya akan cuba di China. 

"Kalau ASEAN masih jauh di kelompok 10 terbaik, saya fokus Angkatan dan cuba lakukan Angkatan 174kg di sana nanti." katanya.

Advertisement

Must Watch Video