Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Angkat Berat Asia: Aniq Kasdan tidak letak sebarang sasaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aniq-kasdan-commonwealth-games_1.jpg
Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan, tidak meletakkan sebarang sasaran dalam Kejohanan Angkat Berat Asia di Bahrain bermula hari ini.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu turut memenangi pingat emas buat kontinjen Johor dalam Sukan Malaysia (Sukma) MSN baru-baru ini tetapi atlet berusia 20 tahun itu mendedahkan bahawa dia tidak dapat meletakkan sebarang sasaran dalam kejohanan kali ini kerana masih dalam proses pemulihan.

Aniq berkata kepada wartawan  Astro Arena, Syifa Nasir: "Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dalam jumlah angkatan kerana saya baru habis Sukma dan belum cukup pulih, jadi saya hanya akan melakukan yang terbaik."
 

Advertisement

Must Watch Video