Stadium Astro logo
TERJUN

Kejohanan Akuatik Dunia: Syafiq Puteh giat jalani persiapan rapi

article-author-avatar
Ammar Hakim 06/03/2025 | 10:47 MYT
Article ribbon Kejohanan Akuatik Dunia: Syafiq Puteh giat jalani persiapan rapi
Penerjun senior negara, Muhammad Syafiq Puteh kini dalam persediaan rapi menuju ke Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura yang dijadual belangsung pada 11 Julai hingga 3 Ogos depan dengan misi terus memperbaiki rekod pungutan mata peribadi terbaik.
Syafiq memastikan slot di Kejohanan Dunia itu sebaik dia meraih pingat perak acara 3 meter papan anjal di Kejohanan Terjun Southern Cross Series di New Zealand yang berlangsung awal Februari lalu.
Lebih manis, ini jadi pencapaian terbaik buat Syafiq dalam tempoh 10 tahun kariernya sebagai penerjun negara sebaik memperbaharui catatan mata peribadi terbaiknya.
Daripada 380.22 mata di Sukan Asia 2023 ke catatan baru 415.35 mata.
Untuk rekod, Malaysia meraih satupingat emas di kejohanan di New Zealand tempoh hari menerusi gandingan Bertrand Rhodict dan Jellson Jabilin selain tiga pingat perak menerusi Syafiq, Elvis Preasley dan gandingan Qayyum Nazmi dan Yong Rui Jie.
"Selepas menjalani kejohanan di New Zealand, saya berjaya layak ke Kejohanan Akuatik Dunia. Saya telah melakukan catatan terbaik di sana," kata Syafiq.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Malaysia #Terjun #Kejohanan Akuatik Dunia #Syafiq Puteh