Jaguh terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, hari ini berkongsikan faktor dia terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada acara 10m platform seirama di Kejohanan Akuatik Dunia 2025.
Perkara itu susulan dia mengalami kecederaan pada bahu kirinya dalam sesi pemanas badan di Pusat Akuatik OCBC, Singapura, hari ini.
Dia bersama gandingannya iaitu Lee Yiat Qing sempat mengumpul 87 mata dalam sesi kelayakan apabila melakukan dua daripada lima terjunan sebelum manarik diri.
"Kemaskini mengenai penarikan diri saya daripada acara platform 10m hari ini.
"Awal bulan lalu saya mengalami kecederaan pada bahu kiri tetapi masih dikawal menerusi rawatan fisioterapi. Hari ini ketika sesi pemanas badan, kesakitan bahu kembali selepas terjunan.
"Oleh itu, kami memutuskan untuk menarik diri atas faktor keselamatan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong kami." katanya menerusi laman Facebook.