Kejohanan Akuatik Dunia: Bertrand Rodhict atlet pertama negara layak ke Paris 2024
Muzaffar Musa
Julai 21, 2023 19:18 MYT
Julai 21, 2023 19:18 MYT
Penerjun muda, Bertrand Rhodict Lises, muncul atlet pertama layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tempat ke-10 acara 10 meter platform individu lelaki dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun hari ini.
Kejayaan itu turut melayakkannya untuk bersaing di pentas final kejohanan itu esok.
Bertrand Rhodict sah melayakkan diri ke Paris apabila mengumpulkan 420.70 mata, di mana hanya 12 daripada 18 peserta pusingan itu mendapat tiket automatik ke temasya berkenaan.
Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa seorang lagi penerjun negara, Enrique Maccartney Harold, apabila perjalanannya terhenti dalam pusingan kelayakan acara sama selepas hanya mencatatkan 308.20 mata untuk berada di kedudukan ke-39 daripada 40 peserta.