Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Akuatik 2025: Pandelela terpaksa tarik diri sekali lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pandelela.jpg
Jaguh terjun negara, Datuk Pandelela Rinong sekali lagi menarik diri daripada saingan Kejohanan Akuatik Dunia 2025 apabila tidak menyertai acara 10 meter platform individu wanita yang dijadual berlangsung pada 30 Julai 2025.

Menurut Pandalela menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, keputusan tersebut terpaksa dilakukan bagi mengelakkan prestasi terjunannya terjejas sekali gus menimbulkan risiko keselematan semasa bertanding disebabkan kecedaraan pada bahu kiri yang masih belum pulih sepenuhnya.

"Dengan berat hati tetapi fikiran yang tenang, saya terpaksa tarik diri daripada acara 10 meter platform individu kerana kecederaan bahu kiri saya yang belum pulih," katanya.
 


Penarikan diri itu merupakan kali kedua dilakukan atlet berusia 32 tahun itu selepas tidak menyertai acara 10 meter platform seirama wanita dua hari lalu.

Pandalela bagaimanapun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat peminat serta rakyat Malaysia atas keprihatinan yang diberikan.

Selain itu, dia turut menegaskan bahawa tumpuannya kini tertumpu sepenuhnya kepada proses pemulihan bagi membolehkan dia Kembali bersaing di pentas antarabangsa.

Advertisement

Must Watch Video