NSL
Kejohanan AKF: Malaysia akhiri saingan dengan tiga gangsa
Malaysia menamatkan saingan Kejohanan AKF Asia di laman sendiri dengan keseluruhan tiga pingat gangsa.
Malaysia meraikan satu pingat gangsa daripada trio kata wanita negara, Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie Anak Yampil dalam acara berpasukan.
Ia sekaligus merawat duka apabila kedua-dua pasukan kumite lelaki dan wanita negara kemarau pingat dalam acara berpasukan.
Manakala pasukan kumite lelaki dan wanita negara selepas hasrat membutirkan pingat acara berpasukan tidak kesampaian.
'Lebih baik tersungkur sekarang daripada terjatuh di Sukan Asia', tiada guna terus kecewa, skuad kumite negara menganggap pengalaman di pentas AKF sebagai pengajaran dan tekad memperbaiki kelemahan yang didapati dalam tempoh dua bulan persiapan ke Hangzhou, China.
"Kami mencapai sasaran dalam saingan kali ini dan menampilkan perkembangan. Saya percaya kualiti kami mula mencapai ke tahap yang tinggi dan apa yang perlu dilakukan adalah mengelak daripada kesilapan ketika bertempur, saya pasti mampu berjaya di Sukan Asia nanti," kata H. Sureeya Sankar.