Atlet tenpin boling negara, Rafiq Ismail, mencatatkan kejayaan berganda dalam kejohanan terbaru apabila meraih gelaran juara acara berpasukan dan muncul naib juara kategori individu lelaki dalam saingan Piala Dunia IBF yang berlangsung hujung minggu lalu.

Walaupun berdepan cabaran emosi kerana keadaan kesihatan bapanya, Rafiq tetap menunjukkan prestasi cemerlang.

Rafiq meluahkan rasa syukur kerana dapat menghadiahkan pencapaian ini buat keluarga dan negara.

Rakan sepasukan, Timmy Tan, mengakui situasi pemotongan elaun daripada pihak pengurusan sebelum ini menjadi titik kebangkitan untuk dirinya.

Timmy bangkit dengan semangat baharu dan mempamerkan aksi cemerlang di Piala Dunia IBF 2025.

Timmy menyifatkan pengalaman itu sebagai 'wake-up call' yang mendorongnya untuk terus bekerja keras dan memberi yang terbaik demi negara di pentas antarabangsa.