Skip to main content

Sepak Takraw

Kehebatan Syahir Rosdi menjadi bualan pelajar SK TTDI 1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stl.jpg
Pra-Klinik Sepak Takraw League (STL) kini kembali dengan pendedahan dan pencarian bakat baru sepak takraw bermula dari peringkat akar umbi.

Program anjuran kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Astro Malaysia itu meraih pujian ramai termasuk koordinator program, Zuraimi Mahamud.

Pelaksanaan program sedemikian dipercaya mampu memberi pendedahan mengenai sukan sepak takraw selain turut membuka peluang untuk pelajar menonjolkan bakat mereka menerusi platform yang betul.

"Kehadiran personaliti sukan yang hadir juga membantu barisan bakat muda ini untuk mengasah dan memperbaiki kebolehan mereka," kata Zuraimi.

Turut mencuri tumpuan, peserta cilik Muhammad Darwisy yang tampak mampu mengawal bola dengan baik sekaligus menunjukkan kelebihannya dalam sukan sepak takraw. 

Dalam masa sama, kehebatan tekong negara Syahir Rosdi turut disebut sebagai idola buat pelajar berusia enam tahun itu.

Advertisement

Must Watch Video