Skip to main content

Sukan Lain

Kehadiran jurulatih menembak Korea Selatan buka dimensi baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alia-shazana_1.jpg
'Ia antara final terbaik dalam karier saya.' 

Demikian perkongsian jaguh menembak negara, Alia Sazana Azahari, yang mengecapi pingat gangsa acara 25 meter pistol wanita di Budapest, Hungary.

Bukan pingat yang menjadikannya istimewa tapi peluang untuk berentap bersama jaguh dunia seperti pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2026, Anna Korakaki dan juga Veronika Major yang masih segar dengan kejayaan gangsa dalam temasya Paris, secara tidak langsung menjadikan ia antara pengalaman paling berharga buatnya. 

"Banyak pengajaran yang saya timba jadi ia salah satu pengalaman terindah saya," katanya. 

Sementara itu, selepas tiga bulan berlatih dengan dua jurulatih Korea Selatan iaitu Park Cheol Wan dan Kong Hyun Ah, Alia Sazana menyanjung keputusan tepat itu memandangkan mereka mempunyai pengalaman membimbing pasukan kebangsaan pada 2017 bagi mengharungi kempen Sukan SEA Kuala Lumpur.

"Atlet Korea Selatan memegang banyak rekod dunia menembak. 

"Jadi pelantikan jurulatih dari sana merupakan satu langkah tepat," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video