Ketegangan menjelang pertarungan yang dinanti-nantikan antara legenda tinju, Mike Tyson dan Jake Paul kian membara apabila bekas juara kategori heavyweight itu menampar Paul ketika sesi pertemuan kali terakhir sebelum masuk ke gelanggang.

Pertelingkahan yang mengejutkan itu ternyata tular di media sosial, namun individu yang paling kecewa dengan insiden tersebut adalah ibut kepada Paul, Pam Stepnick.

Dalam video yang dikongsikan Paul menerusi story instagram, Stepnick kelihatan cuba menenangkan anaknya sambil memberikan ancaman terhadap Tyson.


"Saya akan bunuh Mike Tyson untuk anda," katanya.

Paul tertewa dengan insiden tersebut dan membalas, "Ibu menampar lebih kuat daripadanya."

Saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi Netflix bermula jam 9 pagi ini.