Pemain tenis Russia, Maria Sharapova, terpaksa menarik diri daripada saingan Jelajah WTA Stanford Classic apabila mengalami kecederaan lengan ketika menentang Lesia Tsurenko.
Bekas pemain nombor satu dunia itu sebelum ini berehat selama lapan minggu, namun kembali dengan titik kemenangan menewaskan Jennifer Brady di California, Isnin lalu.
Bagaimanapun, pertemuan menentang Tsurenko dalam pusingan kedua nyata tidak memberikan tuah buat Sharapova apabila mengalami masalah dengan tangan kirinya.
“Malang sekali, saya terpaksa menarik diri daripada saingan.
“Ketika di penghujung aksi pada Isnin, saya sudah merasakan kesakitan pada lengan kiri dan selepas melakukan imbasan, doktor menasihatkan agar saya tidak mengambil risiko meneruskan perlawanan.
“Saya berharap agar dapat terus bermain tetapi saya perlu membuat keputusan,” kata Sharapova.
Pemain berusia 30 tahun itu digantung selama 15 bulan sebelum ini sebelum kembali ke gelanggang pada April lalu dan dia dijadualkan beraksi dalam saingan Piala Rogers di Toronto, bulan ini.