Skip to main content

Sukan Lain

Kecederaan belakang gugat persediaan Siti Rahmah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

siti-rahmah.jpg
Pesilat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, masih tidak berputus asa untuk menjalani rawatan pemulihan kecederaan belakang menjelang Kejohanan Asia di China, Disember depan.

Siti Rahmah, yang mengalami kecederaan itu sewaktu bertanding dalam Kejohanan Terbuka Belgium bulan lalu, masih menjalani rawatan fisioterapi.

Gara-gara kecederaannya, dia tidak dibenarkan untuk menjalani sebarang latihan dalam tempoh empat hingga enam minggu, sekali gus merencatkan persiapannya untuk menyertai Terbuka Malaysia (Julai) dan Kejohanan Asia. 

Bagaimanapun, dia berkeyakinan Institut Sukan Negara (ISN) mempunyai perancangan terbaik untuknya.

"Selepas kejohanan di Belgium, saya mendapat kecederaan belakang dan dinasihatkan oleh doktor supaya menghentikan sebarang latihan untuk membuat rawatan.

"Saya masih lagi menjalani permulihan dan fisioterapi dengan ISN," katanya.

Walaupun tidak dapat melakukan persiapan rapi, Siti Rahmah tetap meletakkan sasaran untuk meraih emas dalam kejohanan di China itu.

"Ia sememangnya masalah besar buat saya kerana tidak boleh terlibat dalam sebarang latihan.

"Bagaimanapun, saya percaya ISN akan mengembalikan kecergasan saya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video